Kem Mtl
Yok Buat Layang-Layang / Wau
Jangka Masa: 4 JAM
Teori & Amali

Asal Usul
Wau juga dikenali dengan layang-layang. Ia adalah sebuah permainan tradisional Melayu yang telah wujud sejak sekitar kurun ke-15. Permainan wau merupakan salah satu daripada hobi penduduk-penduduk di Utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah, Perlis dan Kelantan. Rekaan corak wau biasanya bermotifkan awan larat yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain sebagai bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Jenis-Jenis Wau
Jenis-jenis Wau yang akan diperkenalkan:
Wau Merak Johor
Wau Kapal Selangor
Wau Dodo Helang Terengganu
Wau Helang Perlis
Wau Sri Bulan Perak
Wau Kenyalang Wau

Matlamat
Di akhir kem, pelajar akan menghasilkan sebuah wau dari peringkat membuat rangka dan kulit wau hingga ke menghiasi kulit wau tersebut.

Pihak Wira Budaya akan menyediakan Buku Nota dan Set Lengkap Peralatan Wau.