Kem Mtl
Upacara Raja Sehari
Jangka Masa: 4 JAM
Teori & Amali

Adat
Majlis perkahwinan masyarakat Melayu menitik-beratkan tradisi serta adat resam yang menjadi amalan sejak dahulu lagi, namun pada masa yang sama, tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh agama Islam.

Sejarah
Kem ini akan menerangkan sebab satu-satunya amalan dilakukan, seperti makna disebalik pertukaran sirih junjung dengan sirih dara, fungsi bunga rampai dan bunga pahar serta erti disebalik setiap gerakan silat pengantin. Para pelajar bukan sekadar dapat mendengar dan memahami penjelasan mengenai adat resam tersebut, malah turut diberi peluang untuk mempelajari serta menyediakan keperluan-keperluan majlis perkahwinan yang menjadi simbol penting bagi masyarakat Melayu.

Program
Kem Upacara Raja Sehari Kami Merangkumi:
Penerangan dan pembentangan
Adat menyediakan sirih junjung
Adat membuat bunga rampai
Adat menyiapkan bunga pahar
Paluan kompang pengantin
Gerakan silat pengantin
Acara kemuncak
Matlamat

Para pelajar yang mengikuti Kem Upacara Raja Sehari akan mengalami dengan lebih dekat lagi amalan-amalan serta budaya masyarakat Melayu ketika berlangsungnya majlis perkahwinan. Jika sebelum ini, para pelajar hanya menemani ibubapa mereka ke majlis-majlis perkahwinan, kini mereka akan didedahkan kepada pelbagai aspek budaya.
Pihak Wira Budaya akan menyediakan Buku Nota, Set Lengkap Peralatan dan Bahan-bahan