Kem Mtl

Permainan Kampung

Jangka Masa: 4 JAM

Teori & Amali

Bukan sekadar permainan

Permainan kampung atau permainan rakyat bukan sahaja suatu aktiviti untuk kanak-kanak bersuka-ria sambil meluangkan masa lapang mereka. Ia membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita dan merupakan cerminan budaya orang Melayu yang penuh dengan nilai murni. Nilai-nilai seperti bekerjasama, kreativiti dan jimat cermat dapat dilihat melalui permainan kampung.

Dulu & Sekarang

Ada di antara permainan ini yang tidak dimainkan lagi sekarang tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Namun ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Program

Kem Permainan Kampung menawarkan aktiviti-aktiviti berikut:
Gasing
Lereng
Congkak
Tarik Upih
Sepak Raga
Tapak Kuda
Batu Seremban

Matlamat

Di akhir kem ini, pelajar akan dapat pendedahan teori dan amali berkenaan beberapa permainan yang dimainkan di kampung pada masa lalu.

Pihak Wira Budaya akan menyediakan Buku Nota dan Set Peralatan Permainan Tradisional.

6297 5659

Fax: 6297 9659

enquiries@wirabudaya.com