Kem Mtl

Muzik & Melodi

Jangka Masa: 4 JAM

Teori & Amali

Andai Dipisah

Irama dan lagu sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan masyarakat Melayu. Paluan kompang, pukulan rebana, getaran angklung serta irama yang dihasilkan oleh himpunan gamelan merupakan diantara alunan muzik tradisional Melayu yang tidak asing lagi

Muzik Tradisional

Para pelajar yang mengikuti Kem Melodi kami akan berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik memainkan peralatan muzik tradisional, disamping memahami dengan lebih dekat lagi asal usul peralatan muzik tersebut.

Program

Kem Melodi Kami Menawarkan Program-Program Berikut:
Angklung
Gamelan
Kompang
Dikir Barat

Matlamat

Pada akhir Kem Melodi, para pelajar akan dapat memainkan irama yang telah dipelajari dan membuat satu persembahan mini bagi tontonan rakan-rakan serta para guru mereka.

Pihak Wira Budaya akan menyediakan Buku Nota dan Set Alat Muzik.

6297 5659

Fax: 6297 9659

enquiries@wirabudaya.com