profil wira budaya

Wira Budaya merupakan sebuah syarikat yang mengendalikan program-program pengayaan bagi aktiviti kebahasan, kebudayaan. kesenian dan kesusasteraan Melayu dt sekolah-sekolah serta institusi pengajian tinggi semenjak tahun 2011.

Sejak penubuhannya, lebih 140 buah sekolah telah menggunakan kepakaran Wira Budaya bagi program-program pengayaan mereka sama ada dalam bahasa Melayu atau pun lnggeris.

Program-program pengayaan yang ditawarkan Wira Budaya merupakan hasil dari bimbingan dan nasihat Cikgu Aliman Hassan (Almarhum). Beliau merupakan mantan pendidik dan aktivis bahasa, budaya, kesenian dan kesusasteraan Melayu yang pernah berkhidmat di sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi dan Kementenan Pendidikan Singapura.

misi

Misi Wira Budaya adalah untuk menyokong inisiatif terkini dasar pendidikan di Singapura melalui program-program pengayaan yang dapat meningkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa Melayu berdasarkan keperluan serta kemampuan pelajar, memupuk minat pelajar terhadap pengekalan budaya warisan Melayu yang merupakan antara identiti etnik yang rasmi dalam masyarakat majmuk Singapura, mengembangkan lagi bakat estetik pelajar serta memupuk nilai aspirasi pelajar terhadap kesenian gerak, rupa, suara, persembahan dan permainan tradisional, dan melestarikan budaya persuratan Melayu melalui aktivti-aktiviti kesusasteraan.

Matlamat

Matlamat Wira Budaya adalah menjadi rakan seperjuangan dalam bidang pendidikan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi menerusi progam-program pengayaan yang interaktif, kreatif dan bersepadu dengan keperluan dasar pendidikan yang terkini. Menerusi matlamat ini, Wira Budaya sentiasa berusaha untuk menyediakan aktiviti serta bahan pembelajaran dan pengajaran yang menepati keperluan pelajar dalam pelbagai tahap. Wira Budaya berharap usaha yang disalurkan menerusi program-program pengayaan yang dirancang secara khusus ini dapat membangunkan pelajar sebagai generasi pelapis yang intelektual dalam bidang akademik, dinamik dalam melestarikan identiti kebudayaan kebangsaannya, bersifat meritokrasi dalam hubungan sosial dan yakin pada kewibawaan dirinya.

Profil pengasas

Muhammad lmran Bin Abdul Rahman merupakan seorang aktivis dan ahli olahraga persukanan silat yang mula mengorak langkah dalam bidang latihan sukan persilatan dan program pengayaan untuk pelajar serta masyarakat umum pada usia 25 tahun.

Pada tahun 2006, beliau mengasaskan Akademi Persukanan Silat (Sports Silat Academy) bersama seorang rakan olahraga, Abdul Kadir Bin Mohamed Ibrahim (Almarhum) dengan matlamat untuk menggalakkan kehidupan sihat disamping menyemai keperibadian yang positif melalui kegiatan kesukanan silat di kalangan kanak-kanak, belia dan golongan dewasa.

Usaha untuk menyemai keperibadian yang positif merupakan kualiti keperibadian Muhammad lmran yang semulajadi. Beliau pernah dinobatkan sebagai Ahli Sukan Belia (2002) oleh Majiis Sukan Singapura kerana dedikasi, displin dan nilai daya saing yang tinggi. Kualiti-kualiti semulajadi yang tersemai dalam diri beliau merupakan paksi pada kelayakan beliau sebagai juara dunia sukan persilatan sebanyak tiga kali.

Wira Budaya merupakan satu lagi matlamat dalam wawasan beliau bagi melestarikan usaha memupuk nilai-nilai peribadi yang positif dan aspirasi terhadap kebudayaan kebangsaan di kalangan golongan muda menerusi usaha sama dengan badan-badan pendidikan.

Wira Budaya merupakan satu lagi ruang bagi beliau untuk membangunkan serta mengembangkan potensi pelajar dalam bidangĀ  akademik, estetik, sosio-budaya dan keperibadian diri agar berjaya dalam lapangan yang diceburi seperti yang dilaluinya.