Kem Mtl

Hang Tuah

Jangka Masa: 4 JAM

Teori & Amali

Pencak Silat

Perkataan ‘pencak’ adalah kemampuan untuk mempertahankan diri dari segi teknik, daya gerak, sasaran dan tujuan penggunaannya. ‘Silat’ pula merupakan upaya untuk mempertahankan diri dengan menggunakan pergerakan dan mengandungi teknik serang dan bela yang digunakan semasa pertarungan. Unsur seni atau artistik turut dititikberatkan.

Sejarah & Aliran

Antara topik yang akan disampaikan adalah 4 aspek pencak silat, aliran, senjata yang digunakan, jenis busana dan perkembangan pencak silat dalam arena pertandingan.

Pengalaman

Sesi amali: Melakukan pola langkah artistik silat, memasang kuda-kuda, gerakan asas bela diri, menggunakan senjata tradisional silat (keris/golok yang tumpul) & persembahan artistik oleh pelajar.

Matlamat

Di akhir kem ini, pelajar akan melalui pengalaman sebagai seorang pendekar dengan mempelajari langkah asas seni bela dan seni artistik.

Pihak Wira Budaya akan menyediakan Buku Nota, Keris dan Muzik.

6297 5659

Fax: 6297 9659