slide01
slide02
slide03
slide04
slide05

Kenapa memilih Wira Budaya

Video Wira Budaya

Profil Pelatih

Wira Budaya adalah sebuah syarikat subsidiari Champions Arena yang diasaskan oleh tiga-kali juara Kejohanan Silat Sedunia dan Juara SEA, Muhammad Imran Abdul Rahman, pada tahun 2006.

Bermula dengan Sports Silat Academy, beliau kini telah melebarkan sayapnya untuk menggalakkan dan merancakkan aktiviti-aktiviti budaya Melayu terutama di peringkat sekolah-sekolah.

Di bawah bimbingan dan nasihat Cikgu Aliman Hassan, program Wira Budaya telah dijalankan di lebih daripada 150 buah sekolah sejak dimulakan pada tahun 2011. Dengan ini, Wira Budaya amat berbangga dalam menjalankan program-program untuk para pelajar bahasa Melayu khususnya.

Kami percaya dalam mengendalikan program yang menggalak penglibatan pelajar di samping  bersifat aplikasi. Oleh itu, kami menyediakan peralatan dan bahan pengajaran maujud bagi setiap pelajar yang mengambil bahagian dalam program kami. Semua aktiviti yang dijalankan sealiran dengan misi dan visi sekolah serta mematuhi dasar Kementerian Pendidikan (MOE).

Diurus oleh: Anggota Gabungan: